Assalamualaikum dan salam ramadhan. Hari ni saya akan marathon nutuk update resepi biskut raya. Tapi yang mana sempat je la...ok. Resepi pertama ialah Crunchy Mixs Nuts. Biskut yang sedap tapi agak costly...:)
Resepi asal dari blog k.ita
Jom semak resepi..
saya copy & paste dari blog k.ita je..
saya copy & paste dari blog k.ita je..
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
***********
Resepi versi saya plak
Bahan-Bahan
2 1/2 cawan florenta ( mungkin lain kali sy akan guna 3 cawan tpung florenta)
250g badam keping
250 biji bunga matahari
sedikit kuaci hitam
Cara Penyediaan:
1. Panggang semua kekacang, biarkan sejuk
2. Campur semua kekacang dengan tepung florenta. Gaul rata
3. Letakkan dalam loyang yang telah dialas dengan baking paper
4. Bakar dal oven 170 lbh kurang 8 minit atau shngga keperangan
5. Terus potong setelah dikeluarkan dari oven.
Tepung Florenta ( mahal~ RM 19 untuk 500g)
Kekacang yang telah dipanggang...biarkan sejuk
Kekacang yang dah gaul dengan tepung florenta...ready untuk dibakar
Dah masak..)
Hasil potongan ku yang xsama saiz...:)