Monday, June 17, 2013

Kek Span Cheese Bersalji

Salam. Update kedua untuk malam ini. Sementara mood untuk berblog masih ada.:)


untuk kali ni, saya nak kongsi resepi kek yang saya buat untuk birthday my sister last weekend. Kek yang telah di "request" sejak sebulan lalu. Terpaksa la buat jugak kan.  Resepi dari blog kak Yatie memories. Kak yatie punya kek cun melecun, kek saya macam biasalah, hasilnya tak secantik yang asal. Tp asalkan my sis puas hati, cukuplah.


Jom Semak Resepi 
( I copy paste je dr blog kak yatie, malas nak taip balik)
Actually resepi kek span sama dengan yang biasa sy buat. Boleh tengok kat sini untuk sukatan menggunakan cawan.

Kek Span Cheese Bersalji

Bahan-bahan : (loyang 4 segi 8 inci)
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum*
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama gandum) 
150 gm gula kastor

5 biji telor gred A
1 sudu besar ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak / mentega cair
Perisa dan pewarna oren 
Coklat emulco

Cara-cara :
1.            Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing).
2.            Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi.
3.            Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
4.            Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa dan pewarna oren, satu bahagian lagi letak coklat emulco. Gaul sebati semuanya.
5.            Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
6.            Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
7.            Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias. Kalau tak hias pun takpe.

 UNTUK KRIM
·                     1 kotak cream cheese philadelphia (250gm)
·                     1 cwn susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

UTK TOPPING
·                     1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara menghias kek
1.            Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
2.            Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
3.            Akhir sekali taburkan cheese kraf 
yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
4.            Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Selamat Mencuba


Roti Jala

Assalamualaikum
Setelah lama menyepi tanpa update yang terbaru, akhirnya sy kembali...Haha..bajet famous sgt...:)


ok, hari ni nak kongsi resepi roti jala yang my sis buat last weekend. Celebration for her birthday. Tapi kesian birthday girl kena masak  sendiri. Nasib badan la kan. Dah la banyak yang my sis buat. Bayangkan nk menebar roti jala sebanyak 2kg gandum. Boleh tahan la lamanya jgk. Ada assistant kejap je menolongnya, lepas tu lesap ntah ke mana.






                                                      Jom Semak Resepi
* my sis google je resepi so, i'm not sure dari mane

Roti Jala
Bahan-Bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan air
1/2 cawan susu sejat
1 biji telur
3 Tbs mentega
sedikit garam
pewarna

Cara Penyediaan:
1) Satukan semua bahan, kacau rata. ( guna whisk lagi senang)
2) Seeloknya tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang tidak berketul-ketul.
3) Tebar diatas kuali menggunakan acuna roti jala
4) Setelah masak, boleh terus digulung atau dilipat.
5) Boleh dihidang bersama kari ayam atau ayam masak kuzi.


notakaki: 

1)Resepi kari ayam, korang ikut resepi masing2 la ye. I segan ak kongsi resepi kari ayam saya ( sy yang masak kari ayam diatas, sbb tu la cair jek..haha)
2) My sis guna air je semua gnti susu sejat sbb katanya roti jala nanti nak makan dengan kari ayam, so kena kurangkan kalori kt roti jala. so, guna air je untuk bancuh roti jala.
3) Kalau adunan terlalu pekat, just tambah sedikit air..

Selamat Mencuba

Sunday, June 2, 2013

Red Velvet Cake

Assalamualaikum dan happy holiday. Kelantan msih bercuti sempena Keputeraan Yang Dipertuan Agong. Saya pn baru sampai dari kampung dan tak boleh tidur dek penangan nescafe tengah hari tadi. Jadi insomnia jap. Sepanjang cuti 2 hari xsempat pn nak baking. Agak sibuk dengan kenduri kawan- kawan.

Disebabkan saya dah janji nak update blog this weekend, so kena lah tunaikan even saya xbuat kek pn. Pg tadi sempat buat agar2 santan tp saya sendiri tak sempat merasa disebabkan agar2 tak sempat keras, saya dah balik ke KB. Jadinya harini nak kongsi resepi RED VELVET CAKE yang dah lama saya buat. Untuk red velvet cake, ada macam2 versi resepinya. Saya pernah cuba 2 daripada banyak2 resepi. This recipe recommended by Hanisah. She's really love baking. Tp disebabkan kekurangan bahan, jadinya resepi dimodified sedikit..

kek saya yang comot..:(

Let's check the recipe
Red Velvet Cake
Sumber: MyResepi

Bahan-Bahan
250g Buttercup - suhu bilik
2 1/2 cawan gula aising - saya guna 1 3/4 gula castor
6 biji telur saiz sederhana
3 cawan tepung naik sendiri

230g krim masam @ sour cream - saya guna plain yogurt
2tsp esen vanila
1 botol atau separuh botol pewarna merah - saya letak 11/2 tbsp
3 tbsp serbuk koko
Bahan-bahan untuk frosting creamcheese:
350g cream cheese-suhu bilik
11/2 buku butter- suhu bilik
11/2 tsp esen vanila
11/2 cawan gula aising- ayak terlebih dahulu

Cara Penyedian
1) Pukul butter dengan kelajuan sderhana, pukul sehingga warna sedikit putih dan kental.
2) Tambah gula secara berperingkat, terus pukul hingga ringan dan kembang.
3) Tambah telur 1 persatu, pukul sebati setiap biji
4) Sediakan mangkuk lain untuk campuran tepung naik sendiri da serbuk koko yang telah diayak. Gaul rata.
5) Kemudian masukkan campuran tepung kedalam adunan mentega sedikit demi sedikit, dismaping itu, masukkan juga sour cream secara berperingkat. Pukul hingga semua sebati.
6) Seteleh adunan sebati, masukkan pewarna merah dan kacau menggunakan spatula.
Frosting Creamcheese:
7) Campurkan creamcheese, butter, esen vanila. Pukul sebati.
8) Setelah campuran sebati, masukkan gula aising sedikit demi sedikit dan pukul adunan sehingga sebati

**PENTING :

9.  Jika campuran frosting anda kelihatan terlalu pekat dikhuatiri susah nak oles atas kek nanti, boleh masukkan sedikit susu hingga acuan kelihatan "spreadable"
10.  Jika campuran frosting anda kelihatan cair, bolehlah masukkan sedikit gula halus (confectioner sugar) dan sedikit tepung mungkin 1 atau 2 sudu besar atau sehingga anda berpuas hati dengan tekstur frosting anda, apa yang penting ia tidak terlalu pekat atau cair :)

11.  Ingat! sebelum anda mula oleskan frosting creamcheese keatas kek, pastikan kek telah sejuk dan berada dalam suhu bilik. Frosting creamcheese juga perlu disimpan didalam peti sejuk untuk beberapa ketika sehingga ianya menjadi lebih padu sebab kalau terus oleh biasanya tekstur masih belum padu dan padat nanti frosting tak menjadi pulak :)

 UNTUK HIASAN :
12.  Sebenarnya ianya pilihan anda. Red Velvet kek dahpun siap cuma jika anda nak tambah apa2 atas frosting tu tak menjadi masalah. Saya gemar taburkan cranberry kering dan kacang walnut yang ditumbuk untuk memberi lebih keceriaan pada kek tu dan menambah keenakkannya sebab dapat makan kek yang lembut, frosting creamcheese yang lemak dan kacang yang "crunchy" tak lupa cranberry kering yang manis2 buah! sedapnya!

**NOTA KAKI :
13.  Untuk layering kek, mudah sahaja, gunakan spatula dan sapukan frosting creamcheese secara merata, jangan tebal sangat jangan nipis sangat. Ulang untuk layer kedua dan ketiga :) Kemudian, JANGAN oleskan frosting diatas terlebih dahulu. Oleskan frosting di tepi kek dahulu ini rahsia supaya anda boleh pegang diatas kek untuk balancekan kek masa oles frosting. Kalau frosting terus dari atas nanti anda dah tak dapat pegang kek untuk balacing. Lepas tu baru oleskan frosting diatas.

14.  Jangan lupa! gunakan wax paper dalam dulang pembakar anda supaya kek anda keluar dengan cantik dan tak melekat. Caranya, oleskan butter, tabur sedikit tepung. Masukkan wax paper mengikut ukuran dulang pembakar anda. Oleskan butter diatasnya dan taburkan sedikit tepung. itu sahaja!

Nota dari saya:
1) If nak buat versi cupcake, letakan 1/2 lebih sikit je sbb kek naik tinggi

2) Saya guna 260g plain yogurt and rasanya macam terlebih je. Next time mungkin boleh guna 200g je.


Selamat Mencuba
Happy Baking Everyone..:)