Sunday, July 31, 2016

Agar Agar Tembikai ( experiment 2)

Assalamualaikum. Rabu lepas saya buat agar2 tembikai untuk kali ke 2. Alkisahnya percubaan kali pertama hasilnya tak begitu memuaskan dari segi rasa walaupun rupanya memang cun ( yg ni saya sendiri yang declare, haha). Menurut bonda rasanya tak "authentic" macam dulu2.

Maka saya bertanyakan bonda dan mak saudara cara penyediaannya. Bonda dan mak saudara pernah buat dulu sewaktu zaman mereka muda remaja tapi tak pasti sukatan yang tepat. Ye la, dah lebih 30 tahun tak buat kan. Cuma bonda dan mak saudara saya berkongsi tips yang masih mereka ingat. Berbekalkan tips dari mereka terhasillah percubaan kedua.

TAPI hasilnya belum sempurna. Ayah komen rasa macam puding buih je. Still takde rasa authentic nya agar2 tembikai tu. InsyaAllah akan ada percubaan ke3 nanti. Kena buat sampai bonda cakap lulus dari segi rasa. :)

Jom berexperiment dengan saya

BAHAN- BAHAN:
Sebungkus serbuk agar -agar ( 10g)
70g gula batu
1/2  cup gula pasir
Sedikit esen vanila
3 biji putih telur
3 1/2 cup air
Sedikit kismis
Pewarna

Cara Penyediaan:
1- Masak serbuk agar2, gula batu dan juga gula pasir. Masak agak lama. Haritu saya masak lebih kurang 25minit. Masukkan esen vanila.
2- Biarkan agar2 sejuk sedikit lebih kurang 15- 20minit
3- Pukul putih telur sehingga jadi meringue.
4- Masukkan agar2 yang dah suam2 kuku. Then terus pukul sehingga adunan hampir sejuk. Seeloknya sehingga sejuk.
5- Masukkan dalam mangkuk dan warnakan serta letakkan kismis.

Note:
Kesimpulannya experiment belum berjaya. Entry ini bertujuan sebagai reminder untuk saya pada masa hadapan.

Thursday, July 28, 2016

Kuah Lodeh

Assalamualaikum.

Kali ni entry yang ringkas je dan tanpa gambar juga. Resepi ulang tayang sebenarnya cuma saya buat entry baru untuk memudahkan saya cari resepinya nanti. Cuma nak kongsikan resepi kuah lodeh yang saya masak minggu lepas untuk majlis makan2 kat rumah. Kuah lodeh dimakan bersama nasi impit dan juga sambal ikan bilis. Jadilah lontong.

Secara ringkas resepinya

Bahan-Bahan:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
Tauhu
Tempe
Suun dan fucuk
Kobis
Lobak merah
Babycorn
Kacang panjang
Isi ayam
Sedikit serbuk kunyit

Cara Penyediaan:
1- Kisar bawang merah dan bawang putih.
2- Tumis bawang yang dah dikisar sehingga naik bau dan masukkan serai yang diketuk dan juga isi ayam. Masak sebentar. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit.
3- Masukkan santan. Saya campur santan pekat dan santan cair.  Bergantung kepada cara masing2. Sesetengah orang suka masukkan santan last tapi saya biasa masukkan santan awal2 lagi sebab tak asingkan santan pekat dan santan cair.
4- Agak2 santan hampir mendidih, masukkan sayur2 danjuga tempe.Masakkan sekejap.
5- Masukkan tauhu, suun dan juga fucuk. Perasakan dengan garam. Jangan masak terlalu lama sebab takut nanti santan pecah minyak pula.

Boleh juga masukkan udang. Lagi best. Tapi aritu takde stok udang, jadi saya masukkan ayam je. Itu pun sedap sangat dah rasanya. Hihi. Puji sendiri.

Lg 1, nak share juga tips masak sambal ikan bilis yang best. Best bagi saya la, mungkin orang lain seleranya lain kan. Tipsnya ialah hanya guna bawang besar (bwg holland) dan bawang putih. Tak perlu guna bawang merah. Boleh juga tambah belacan tapi saya jarang guna belacan sebab nanti ayah komplen bau belacan 1 rumah. Hihi. Lagipun adik lelaki saya alahan dengan belacan. Nanti mulalah gatal2 muka dan hidung.  Dan lagi 1 tips, tumis bawang dengan minyak yang banyak, pastu bila masak, minyak biasanya akan terkumpul di bahagian atas, kita cedok buang la minyak tu. Lebih sihat gitu. Lagi 1 (berapa kali lagi 1 dah, haha) saya suka tumbuk sedikit ikan bilis untuk dimasak sambal sebab tak tahu la. rasanya lagi best kot. Dan lagi terasa ikan bilisnya, so tak perlu tambah garam atau tambah sikit je.

P/s:
Saya memang suka makan lontong. :)

Tuesday, July 19, 2016

Agar- agar Tembikai (experiment 1)

Dessert hari ni. Memenuhi permintaan bonda. Actually sejak raya aritu bonda menyatakan hasrat nak makan agar2 tembikai tapi saya agak tak confident untuk buat sebabnya saya tak pandai untuk buat kuih2 tradisional. Tapi demi bonda saya cuba dan alhamdulillah hasilnya cantik dan sedap walaupun belum lulus sepenuhnya...hihi..insyaAllah saya akan cuba lagi nanti.


saya ikut resepi kat atas..maaf, kurang rajin sikit nak taip balik. :)

untuk sukatan air saya guna 3 1/2 cup air sebab saya guna cawan sukatan metrik yang mana setiap cawan boleh isi 250ml air.

tips dari mak sedara saya:

1- tambah gula batu semasa masak agar2.
2- Guna telur putih je, tak perlu guna telur kuning. Next time mungkin nak try guna 4 biji putih telur
3- Masak agar2 dan gula agak lama. 
4- Next time mungkin nak kurangkan air kepada 3 cup sahaja sebab ayah cakap agar2 tadi agak lembik


Puding Roti Gula Hangus

Assalamualaikum. Alkisah semalam petang bonda minta saya buatkan puding roti untuk berbuka puasa. Seboleh mungkin saya akan cuba masak apa saja yang bonda atau ayah minta. Sangat gembira bila family makan apa yang saya masak. Ingatkan entry memgenai kuih pulut sekaya yang saya buat ramadhan aritu?. 3 hari lepas, bonda minta saya buatkan lagi. Seronok sangat sebab maksudnya kuih yang saya buat tu sedapkan. Hihi. 

Saya mungkin tak mampu untuk beri duit yang banyak untuk bonda dan ayah saya. Hanya ini yang saya mampu setakat ini. Semua saya lakukan demi kasih sayang saya untuk bonda dan ayah serta family.Saya juga jahit baju untuk family saya dan saya tahu mak ayah saya sangat gembira bila pakai baju yang saya jahit walaupun kadang2 jahitan saya tak kemas sangat. Pernah saya jahitkan tudung untuk mak saya dan satu hari ada kawan saya datang ke rumah, tak sangka mak tunjukkam tudung yang saya jahit tu. Saya pulak yang segan. Hehe.sebab saya tahu jahitan saya tak cantik sangat pun.

Panjang membebel kat atas. Jom tengok resepi.  Resepi dari blog ni juga tapi dah alter sikit sebab saya nak buat banyak. Dapat 2 loyang. 1 loyang saiz 9inci dan 1 loyang lagi saiz 7inci. 

Puding Roti Gula Hangus

Bahan-Bahan

4 tbsp gula pasir- jadikan gula hangus

1 tin susu sejat

air ( jadikan 6cup- susu sejat + air)

1 1/3 cup gula

8 biji telur

12 keping roti- boleh kurangkan

Sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

1- Cairkan gula pasir. 2tbsp untuk setiap loyang. Apabila gula mencair sepenuhnya, tutup api dan ketepikan.

2- Blend telur dan esen vanila. Masukkan dalam bekas. Boleh juga tapis kalau rajin tapi saya tak buat pun. :)

3- Blend air, susu, roti dan gula. Campurkan dalam bekas telur. Kacau sebati.

4- Masukkan dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak.

Wednesday, July 13, 2016

Marriage conference

Assalamualaikum. Pagi ni saya menonton rancangan marriage conferences. Dan speakernya adalah Syeikh Yahya. Dan topiknya adalah "lonely people". Fikir kejap, saya termasuk dalam kumpulan ni juga k? Hahaha. Jom kita tengok apa yang dikongsikan oleh Syeikh Yahya. Banyak yang dikongsikan oleh beliau tapi banyak juga yang saya tak sempat tulis. :(

Semua orang  nak hidup bahagia n hidup yg lengkap dan ramai yang beranggapan hanya dengan perkahwinan akan melengkapkan hidup mereka. Sebenarnya agak silap disitu kerana perkahwinan sepatutnya melibatkan 2 orang yang dah lengkap. Bukanlah bermaksud kita mesti jadi sempurna sebelum berkahwin tapi seharusnya kita berusaha memperbaiki diri dan bukanlah menunggu sehingga berkahwin untuk memperbaiki diri. Pernah dengar tak jodoh adalah cerminan diri kita. Maksudnya berusaha menjadi baik untuk mendapat jodoh yang baik. Jadi mulakan dengan diri sendiri untuk menjadi insan yang lebih baik. Dan sebelum berkahwin fikirkan apa yang ada dalam diri yang boleh disumbangkan kepada orang lain termasuklah suami, dan keluarga. Ini kerana sesebuah perkahwinan memerlukan peranan dari semua orang. Menurut Syeikh Yahya juga perkahwinan umpama membina bangunan lego. Bangunan tidak akan sempurna walau tanpa 1 lego. Begitu juga bangunan tidak akan lengkap sekiranya 1 lego itu rosak walaupun ia ada. Begitulah juga perkahwinan saling melengkapi dan peranan setiap orang sangat penting.

Jadi point yang paling penting adalah baiki diri dan buat apa saja semuanya kerana Allah dan menjauhi yang haram. Mengenai couple pula, kadang2 kita tersilap menilai seseorang bila hati dah sayang kan. Bak kata Syeikh Yahya, walaupun dia cuma sent icon "smile" pun kita dah rasa dia baik kan? Itulah bahayanya cinta. Dan kerana itulah pentingnya kita menjaga ikhtilat iaitu pergaulan kita dengan yang bukan mahram. Bila kita buat segalanya untuk Allah, 'lonely people'akan gembira bila Allah letakkan ketenangan dan keyakinan dalam hatinya walaupun belum mempunyai pasangan. Saya ada terbaca kadang kita terlalu mengejar cinta manusia yang diharapkan jodoh kita sehingga kita lupa untuk mengejar cinta Allah dan juga cinta ibu bapa. Sebenarnya ketenangan hidup juga datang dari keberkatan kita yang berbuat baik kepada ibu bapa.

Satu perkata yang masih belum saya fahami daripada ucapan Syeikh Yahya ialah mengenai persoalan seorang pemuda yang bertanyakan kepadanya "how do we know that we are ready to get married"?. And the answer from Syeikh Yahya is "you are ready when you are ready". Seriously I don't understand. Maybe I'm not ready yet to get married. :)

Last word from Syeikh Yahya is "Marriage is beautiful but it's hard". You have to accept that package.

p/s:
1- Disebabkan ini adalah entry mengenai kahwin saya nak bagitau mengenai impian saya berkaitan kahwin juga walaupun saya ada banyak lagi impian lain. Kawan saya cakap kita mesti tulis dan sebarkan impian kita. Jadi saya nak tulis impian saya kat sini. Saya nak kahwin tahun depan. Tapi saya tak ada calon lagi. Hehe...doakan saya please. Amin.

2- Impian saya lagi saya inginkan dengan perkahwinan saya satu hari nanti (insyaAllah) akan memberi kebahagiaan kepada kedua2 keluarga. Amin.

3- Ini adalah entry yang tersimpan lama dalam draf sebab saya memang tak pandai nak mengarang ayat mengenai jodoh dan perkahwinan. Maaf kalau ada salah dan silap.

Saturday, July 9, 2016

Kek Buah

Assalamualaikum. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek buah kukus yang saya buat raya keempat aritu. Tahun ni saya memang tak buat kek untuk raya disebabkan kekangan waktu. Raya keempat baru berkesempatan untuk buat kek. Itu pun sebab ada tetamu istimewa nak datang rumah, jadi saya gagahkan juga untuk buat kek. Dan alhamdulillah kek masak beberapa minit sebelum tetamu sampai. Hidang kek yang masih panas untuk tetamu saya. Berdebar juga nak hidang kat tetamu sebab 1st time cuba resepi ni tapi alhamdulillah tetamu saya cakap sedap. Tak tau la betul sedap atau cuma nak ambik hati saya. Haha

Jom tengok resepi

Kek Buah Kukus

Sumber: fb azlina ina fans

Bahan- Bahan:

250g butter

1 1/2 cup gula pasir (next time saya nak kurangkan kepada 1 cup lbh sikit je sebab bagi saya ianya agak manis. Ikut selera masing2)

5biji telur

2tbsp pati sunquick

3 1/2 cup tepung gandum

2 cup buah buahan kering( saya guna 1 cup je sebab stok cuma ada banyak tu je kat rumah. Jadi kek buah yang tak meriah dengan buah la. Next time kena guna 2 cup)

1tsp soda bicarbonate

2tsp baking powder

1/4 cup air panas

Cara Penyediaan:

1-Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan

2- Rendam buah kering dlam air suam lebih kurang 5 minit. Buang kotoran dan toskan. Asingkan sedikit untuk hiasan.

3- Ambil tepung yang dah diayak lebih kurang 2 senduk dan gaulkan dengan buah kering tadi. Ketepikan.

4- Masak gula sehingga keperangan dan masukkan 1/4 cup air panas.

5- Apabila gula mencair sepenuhnya, tambah butter dan biarkan cair. Guna api perlahan je. Apabila butter air, tutup api dan biarkan suam.

6- Pukul 5 biji telur sehingga kembang, tambah sunquick dan mix sekejap.

7- Tambah gula cair bersama butter dan mix sebati.

8- Slowkan mixer dan tambah tepunh sedikit dan mix sebati. Kejap je tau. Boleh juga kaup balik guna senduk kayu. 

9- Tambah buah yang digaul dengan tepung dan kaup balik sehingga sebati dan rata. 

10- Sapukan minyak pada loyang dan masukkan adunan. Taburkan buah yang diasingkan tadi.

11- Kukus selama 1 jam 30minit. Setelah masak, biarkan sekejap dan terbalikkan diatas redai untuk disejukkan.

Happy baking everyone

p/s: i'm gonna miss baking after this..:(


Wednesday, July 6, 2016

Aidilfitri 2016

Assalamualaikum.
Salam aidilfitri untuk semua yang terbaca blog saya. :)

Raya tahun ni agak sayu dan sedih. Sebab pertama kerana family kitorg baru je kehilangan nenek yang meninggal 2 minggu sebelum puasa. Sangat terasa ketiadaan arwah sebab kebiasaannya kitorg family besar akan berkumpul rumah nenek awal pagi raya. Tahun ni walaupun berkumpul jgak kat rumah arwah tapi suasana tidak sama seperti dl.

Sebab kedua tahun ni dapat duit raya sikit je. Haha..tahun lepas dapat lagiiii banyak.

P/s:
1-  ad banyak resepi cookies yang tak sempat update.
2- tahun ni x buat kek pun untuk raya. :(

3- letak gmbar kontroversi satu...raya ber3..bila nak raya ber2 plak ye? Hihi

Saturday, July 2, 2016

Pulut Sekaya

Assalamualaikum. Walaupun entry sebelum ni belum ter update resepi cookies nya tapi saya sangat excited untuk share resepi pulut sekaya yang saya masak untuk iftar hari ni. Saya sebenarnya tidak begitu suka makan dan belajar serta masak kuih muih tradisional kerana merasakan proses memasaknya agak rumit. Tapi hari ni memberanikan diri untuk cuba masak pulut sekaya versi kelantan. Ini adalah permintaan bonda kesayangan yang menyatakan hasrat untuk makan kuih ni. Tapi bonda pun tak begitu pasti sukatannya. Jadi saya google resepinya. Resepi yang saya rujuk dari blog "www.duniacikguwan.blogspot.com. Rupanya tak la susah sangat nak masak kuih ni. Lain kali boleh buat lagi. InsyaAllah.

Kuih Pulut Sekaya
Sumber: www.duniacikguwan.blogspot.com

Bahan- Bahan:

Lapisan bawah:
2 cup tepung pulut
Santan
Sedikit garam

Lapisan atas:
6 bj telur
1 senduk gula( senduk kecil je)
5 keping gula melaka atau nise
Daun pandan
Esen vanila
1cup air

Cara Penyediaan:
1- Basuh dan rendam pulut lebih kurang 3jam.
2- Kukus pulut bersama santan dan juga sedikit garam. Paras santan cuma menutupi pulut.
3- Kukus lebih kurang 2o minit atau sehingga masak. Sambil dikacau2 sedikit untuk pastikan pulut sekata dengan santan.
4- Setelah masak, kacau2 sikit dan padatkan pulut.ketepikan.
5- Untuk lapisan atas, masak gula, gula melaka, air simpulan daun pandan sehingga gula larut dan sedikit likat. Biarkan sejuk.
6- Pukul telur (saya guna whisk je) dan satukan dengan air gula. Kemudian tapis (saya terlupa step ni tadi)
6- Tabur sedikit tepung gandum diatas lapisan pulut dan dan masukkan adunan telur. Kukus sehingga masak iaitu lebih kurang 20minit. Sejukkan sebelum dipotong.

p/s: mak cakap kuih yang saya buat td sedap. Happynya...:)

p/s 2: lekuk2 permukaan atas kuih mgkin sbb saya tak balut penutup pengukus then air jatuh atas kuih.